
Perhatikan 25 petanda ini pada anda
Informasi ini berguna  untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita  rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk  menilai sejauh mana kesihatan diri anda :- 
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan  rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema :  Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid  berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung  tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii)  Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b.  Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
i). Batuk keluar kahak :  Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk  tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii).  Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin  di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang  banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering :  Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah  tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii)  Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih  serius.
5. BIBIR  (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a.  Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c.  Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang  sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir  kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan  fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau  gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah,  seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari  tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi  menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid  berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses  penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah  pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah  pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga  berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya  tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah  berjalan-jalan.
8. KULIT  Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi  lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan  menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan  menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam  air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM  :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak  memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses  pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada  kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR  :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,  rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a)  Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka  di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii)  Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit  di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan  fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan :  Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c)  Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit  jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di  sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d)  Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak  lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah  pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk  terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan  kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki :  Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h)  Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit  kaki busuk (Hong Kong Foot).
14.  TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara  amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai  kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b)  Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit  tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c)  Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian  atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah  (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga :  Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda  pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan  penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing :  Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah .  Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b)  Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah  rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu  yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :  Tanda sakit jantung.
17. KELUAR  AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari  kerongkong akibat jangkitan kuman
18.  KENCING
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur  :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c)  Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang   mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang  Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang  berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu  karang atau buah pinggang luka.
19.  BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar :  Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit  : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i)  Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii)  Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna  Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus  sedang berlaku.
20. BADAN
a)  Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah  disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan  urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii)  Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan  organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan  pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh :  Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang  berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi  asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk  menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan :  Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah  fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22.  CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan  darah tinggi.
23. RASA BIMBANG  DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB  :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang  lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :  Sistem penghadaman yang lemah. 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan