Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi  begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus  menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa  malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada  ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta  dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam  dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat hati untuk  mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang  mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali  surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah.  Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah  terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari  ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Sarip,
"Nak,  doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari  Ayahmu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan