"Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah  meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah.  Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia  bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu  jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu  tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki  sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’  setia di dapur.
  Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian  saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati  bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita  bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah  Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? “Silent Killer”
Buktinya  pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah  menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG.  Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah  mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan  besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John  W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang  menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta  ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul  sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese  Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat  yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang  mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan  belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap  15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan  cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini  disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore,  Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam  sesudah menikmati masakan cina.
Selain itu, kesan MSG turut  terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam  makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah  kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara  halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan,  namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai  tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan  anak menerima pelajaran.
Elak sebelum terlambat
Kajian  yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100  keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian,  sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang  berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara  keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di  kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan  ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita  sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan